Projek
Pendidikan
Bersama bersatu usaha meningkatkan pendidikan untuk anak-anak bangsa
Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM
KONSEP PROGRAM IMPAK SPM
KELAS TUISYEN SEKOLAH (KTS) – “AKAN DATANG”
- Penyertaan pelajar dari negeri Kedah, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PDP MAYA DALAM TALIAN
- Kelas secara maya/online setiap malam selasa dan khamis, 8.15 malam sehingga 9.30 malam.
- Saksikan secara langsung/live di Facebook dan YouTube Yayasan Impak.
- Dibimbing oleh guru dinamik dari MGCNK dan guru cemerlang yang berpengalaman.
PROGRAM BENGKEL BERSEMUKA BERSASAR (PBBB PELAJAR)
- Bengkel secara bersemuka untuk pelajar galus (gagal-lulus) memfokuskan teknik, strategi dan cara skor markah dalam menjawab soalan SPM.
- Kaedah penyampaian adalah yang berupa interaktif dan memanfaatkan pedagogi yang mesra-galus pelajar.
- Diadakan secara hybrid (bersemuka dan secara langsung/online) untuk pemanfaatan para pelajar lain yang tidak dapat menyertai secara bersemuka.
- Penyertaan seramai 200 hingga 300 orang pelajar dalam satu-satu masa melibatkan setiap satu PPD.
- Disokong oleh JPN terlibat dan rakan strategi/kerjasama berkaitan.
PROGRAM BERSEMUKA GURU DAERAH (PBGD)
- Melaksanakan PDP guru berdasarkan hakikat "to empower students, we must empower teachers".
- Diadakan serentak secara bersilang dengan subjek PBBB pelajar.
- Guru cemerlang akan membimbing guru-guru subjek mengenai pedagogi dan teknik membangun kemahiran mendidik dan memandu pelajar memahami soalan agar memungkinkan menepati format penilaian dan pemarkahan KBAT.
- Juga memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru untuk membangun minat pelajar dalam mata pelajaran berkaitan panduan pemahaman tuntutan KSSM dan KBAT.
HYBRID (PBBB PELAJAR DILAKSANAKAN SECARA MAYA/ONLINE)
- Program bengkel pelajar diadakan secara bersemuka turut dipancarkan di medium Facebook dan YouTube Yayasan Impak secara langsung.
- Video boleh diakses oleh pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia secara percuma.
BIMBINGAN PASCA SESI
- Bimbingan terus untuk pelajar selepas SPM.
- Bimbingan laluan selepas SPM: SPM ulangan, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Unit Penilaian Universiti (UPU) dan bermacam lagi.
- Bimbingan digital individu (medium Telegram).
- Akses kepada rakaman PDP digital Impak.
- Motivasi dan kaunseling.
- Akses ke platform Impak e-Portal (aplikasi digital Moodle).
KELAS TUISYEN SEKOLAH (KTS)
– “AKAN DATANG”

- Kelas secara online setiap malam hari Selasa dan Khamis
- Fasa 1 - Fasa Ulangkaji Topikal
- Fasa 2 - Fasa Latih Tubi Berfokus
- Fasa 3 - Fasa Pecutan Akhir
- Masa : 8.15 malam - 9.30 pm @ 9.45 pm (Hanya Fasa 3)
PDP MAYA DALAM
TALIAN

- Program bersemuka juga hybrid yang dilaksanakan dilokasi terpilih
- JPN / PPD mencadangkan lokasi Sekolah Berprestasi Rendah (SBR)
- PBBB IMPAK SPM 2022/23 telah dilaksanakan di Perak, Kedah dan Sabah
Apa Itu Moodle ?
Anda Boleh Akses Ke IMPAK E-PORTAL dengan :
Lihat Info Projek Lain

Pelbagai Lokasi Hanya Untuk Anda
Negeri Naungan Bawah Yayasan Impak
Kami telah jalankan Program Bengkel Bersemuka Bersasar (PBBB) di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Kami yakin dan percaya bahawa semua orang layak mendapat pendidikan untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
BANTUAN PERSEKOLAHAN
Klik Untuk Ketahui Info Lanjut
Anda Berminat Dengan Program Impak SPM ?
Jom Daftar Sekarang
TESTIMONI IMPAK SPM
Klik Untuk Lihat Paparan Penuh.
All
FEEDBACK PELAJAR SPM 2021/22
FEEDBACK PELAJAR SPM 2022/23
FEEDBACK PELAJAR MENYERTAI PBBB
FEEDBACK GURU
FEEDBACK PPD
FEEDBACK JPN
Terbaik, saya suka cikgu2 IMPAK, tolong saya sampai dapat jawab dengan betul, Kawan2 pon lain macam semangat bila ada bengkel macam ni.
Terima kasih banyak ajar saya. Walaupun kita tak pernah berjumpa tapi cikgulah cikgu terbaik saya
Terima Kasih buat Program bengkel Matematik haritu, Banyak soalan yang saya tak faham dulu, tapi lepas program terus faham. Doakan Saya SPM Berjaya!!!
“Result Trial SPM saya 5A-, 2C, 1D. For the first time I got 5A, Thank you IMPAK for such a great program with the best teacher”
…dapat straight A’s (9A) dalam SPM… Terima kasih cikgu atas pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan
Saya pulak kenal cikgu dari Program IMPAK, serius Program IMPAK ni banyak tolong saya dapat ubah cara jawab paper sejarah saya dari saya percubaan dapat C+ and then spm dapat A
Sekiranya dapat dilaksanakan pada awal semester adalah lebih baik bagi memberi persediaan awal kepada guru-guru dan pelajar
“Alhamdulillah program ni banyak membantu saya dalam menganalisis dan membuat nota. Nota yang cikgu berikan semua mudah dan padat”
Syukur Alhamdulillah pencapaian SPM 2022 negeri Kedah amat membanggakan dan memberangsangkan.
“Terima kasih Yayasan IMPAK.Lepas saya join program ni, result exam saya meningkat dari C ke A”
“Dari 6G sampai dapat 6A, dari sejarah tak lulus sampai dapat A+”
Bermanfaat dan perlu diteruskan
Kami nak ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih banyak atas bantuan Pihak Yayasan IMPAK dalam membantu kecemerlangan murid di Daerah Batang Padang.
Alhamdullilah.. Matematik naik Dr.Terima Kasih banyak-banyak Dr atas bantuan Yayasan kepada kami warga PPD Kinta Utara. Jasa & budi baik Dr dan pasukan tak terbalas. Mohon agar TAHUN ini program ini diteruskan & dikembangkan lagi ..salam
Kejayaan tinggi ini adalah hasil usaha kita semua yang berpegang kepada KEBERSAMAAN MEMACU PENDIDIKAN KEDAH.
7A 1B+ Sejarah saya dapat A Alhamdulillah Banyak bahan-bahan yang cikgu bagi telah membantu saya



