Pengenalan

Kenali Kami Dengan Lebih Lanjut

Selamat Datang Ke Laman Yayasan Impak

TUNKU MAZIAH BINTI TUNKU MUKHTAR

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Impak

Assalamualaikum wbt, diiringi dengan kalam doa agar semua dilimpahi dengan lonjakan rahmat dan berkat Ilahi. Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Alhamdulillah Yayasan IMPAK telah terpanggil untuk membantu masyarat yang memerlukan terutama golongan asnaf dan B40. Kehadiran dan peranan Yayasan IMPAK dalam persada ini bagi sama-sama berbuat kebaikan kepada ummah seperti di dalam surah al Baqarah ayat 184.

Pasca Covid 19, IMPAK tampil dalam melaksanakan program pendidikan khusus kepada calon-calon pelajar SPM kerana ianya merupakan titik kritikal kepada masa depan anak-anak kita. 

Saya amat mengharapkan dengan usaha program yang diadakan dapat menjadi titian perhubungan silaturrahim antara kita dan menjadi pemakin untuk lebih ramai lagi pihak bersama dalam membantu mereka yang memerlukan.

Diharap dengan kehadiran IMPAK menjadi wadah kepada semua untuk bersama-sama dalam meningkatkan keberhasilan usaha ibadah ini, disamping memperolehi kesalingan faedah bersama.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Sekian, Wasalam

Siapa Kami?

YAYASAN IMPAK

Pendidikan

Amal Kebajikan

BAGAIMANA IMPAK TERZAHIR?

  • Kesedaran bahawa masih terdapat individu dan kumpulan yang memerlukan, khususnya mereka di bawah B40 dan yang mengalami masalah, musibah atau bencana.

  • Sementara itu ramai dalam masyarakat kita yang sentiasa cakna dan amat prihatin, bersedia menyantuni mereka, namun perlukan badan organisasi yang efektif.
  • Ramai pelajar SPM yang terkesan dan terjejas akibat PDPR. 

Matlamat Kami

VISI

Menjadi badan berwibawa, peneraju usaha terhadap kebersamaan masyarakat bagi meningkatkan kesejagatan pendidikan, kesejahteraan komuniti dan perpaduan bangsa.

Tujuan Kami

MISI

Menggerakkan inisiatif terancang dan berkesan menzahirkan keberhasilan demi kelangsungan pendidikan dan kehidupan untuk yang memerlukan, serta kerharmonian kaum. Menjadi sebuah badan kebajikan yang komprehensif dan disegani di mana menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

YAYASAN IMPAK

INISIATIF MEMBANGUN PENDIDIKAN DAN AMAL KEBAJIKAN BERDAFTAR (IMPAK) telah diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952 (Akta 258) Jabatan Perdana Menteri. Sijil pendaftaran telah diterima pada 19hb Jun 2019.

Sumbangan ke Yayasan Impak

Anda Boleh Memberi Sumbangan Melalui

AFFIN BANK

No Akaun : 1019 1000 2314